Sunday 20 November 2011

Tunggula Sekejap Nanti

Dari awal dulu aku punya banyak keinginan utk aku isi dalam ruang maya ni tapi lepas sekian sekian aku rase macam jauh dari dunia penulisan blog.Jari aku x seaktif dan sepantas dahulu menari atas papan kekunci,lesu mungkin

Semenjak dua menjak tiga menjak bertukar semusim tp yg ade cuma pichisan terdahulu,sampah kalau di kirakn kalau di baca berulang-ulang,basi inikan mahu menjengah ke sini sekadar mencari perkhabaran baru

Bukan kesuntukan masa yang aku salahkan kerana DIA telah mengatur hidup kita seharian sebaik-baikya dgn waktu 24jam seminggu utk aku gunakan,ingin di minta ganti masa terdahulu sebagai ganti apa yg mampu aku tawarkan?Oh,kosong..aku antara mereka yg rugi dalam masa

Idea?kadang dtg menjengah ke akal kadang hilang x tahu ke mana jika aku biarkan tanpa di catit.Idea  kadang datang ble aku x perlu kadang aku mencari nak haru biru hari aku.Biarlah dia datang nanti,aku x pakse lagi aku alu-alukan menangkap aku

P/S-bila KAU datang nanti,mungkin rancakla jari aku menari atas papan kekunci nie,harap tempo yg KAU bawak harap bukan yang sayu

Wednesday 10 August 2011

Papan Atau Bata Ia Tetap Syurga

Mata aku tajam perhatikan sekujur tubuh lemah baring di tepi kaki lima sana,bertemankan kotak lusuh menjadi hamparan badan beradu.Plastik minuman yg masih berbaki di sebelah kanan tergantung kemas di penjuru bucu.Adrenalin aku menjadi lesu,sayu dalam diam otak aku menjadi buntu
"Kenapa pak cik nie boleh jadi mcm nie,kesian kot"
Persoalan yg dtg dgn aku sendiri belum tahu jawapan dari soalan yg aku ciptakan tadi.BINGAI,soalan dtg dr aku tetapi aku yg bisu kelu.Persoalan dari sekujur tubuh yg daif
"DAIF?" 
Ya,daif kerana itu lebih tepat menggambarkan pak cik itu.Siang dan malam hanya berbumbungkan langit dgn deruman enjin kereta meluncur laju menjadi singgahan gegendang telinga.Makan dan minum belum tentu menentu,cukup gula dan garam dlm santapan bukanlah penting asal terisi itu lebih bererti
"KITA?"
Sangat jauh berbeza,berlindungkan bumbung bata dgn kipas ligat berpusing.Jangankan ingin menjadi pak cik itu,di ketip seekor nyamuk pn,sebakul sumpahan di utarakan.Besar atau kecil rumah itu bukanlah persoalan umum,bata atau kayu masih lg utuh rumah itu,asalkan berasa selamat dan tenang sudah lebih dari cukup.Sakit,penat,rindu,sedih,hampa kau akan fikirkan rumah.Di mana mampu kau cari makanan sesedap air tangan ibu selain teratak rumah mu.Ya,kita jauh lebih beruntung dari pak cik itu,kita bernasib baik dari mereka yg KURANG bernasib baik.
Keluarlah ke seluruh pelusuk dunia sekalipun,jalan terakhir yg kau langkah ialah syurga kecil yg 1 itu nanti.Ruang yg kau senangi dari awal kau merangkak hingga berlari kini




Tuesday 9 August 2011

Kenapa Aku Ade Dekat Sini?

Whats up folks
 Kenapa aku ade dekat sini dan kenapa tiba-tiba?Ramai yg cakap lagi kerap kita habiskan mase di laman sesawang,lebih sunyi sebenarnya hidup kita kerana hanya berpaksikan laman jaringan.Mungkin aku antara mereka yg berada dalam kotak yg tertutup rapat,gelap.Tetapi dlm kotak tue aku punya dunia sendiri,mungkin sedikit kelam tp cukupla aku mampu ciptakan sesuatu dlm kotak itu
Blog
Jari aku menjadi raja,apa yg aku tutur dan paparkan adalah senjata,ya itulah KOTAK aku sekarang.Menulis mungkin hanya aku,tp yg membaca mungkin beribu,mungkin juga yg membaca jauh beribu batu,mungkin juga yg membaca orang yg tahu beribu perkara lebih dari aku.Tapi sekurangnya aku telah berkongsi,dari abjad ABC aku tukarkan menjadi 1 warkah.Biarlah aku merangkak dari nombor 1 dahulu kepada angka yg x mampu aku kira dgn jari
Oleh sebab itu aku di sini,mencari perhentian dan tapak di kalangan kamu semua.Harap dakwat pena aku tidak akan kering pada satu masa dan berhenti di satu sudut dengan bendera putih menunjukkan noktah penamat

Monday 8 August 2011

Percubaan Pertama

Assalamualaikum Blogger

 Pembuka bicara aku bagi mencuit sedikit perhatian dari para bloggers di luar sane.Aku datang dengan warkah untuk aku kongsi dari masa ke semasa.Bukanlah berita hebat atau berat yang ingin aku khabarkan,cuma sekadar berkongsi perkhabaran pichisan.
 Sedikit tentang aku,lahir pada 14 Januari tahun 1990 dan pada hari yang sama nama aku tercatit kemas di dalam surat pendaftaran kelahiranku,MUHAMAD KHAIRUL AZWAN BIN MAT ALI dengan aku adelah anak ke 3 dari 4 orang adik beradik yang 3darinya adelah lelaki dengan hanya nisbah 1 perempuan.Jika di tebak soalan tentang umur lihat pada tahun kelahiran dan jawapan segera dtg.
Itulah serba sedikit tentang aku dan buat permulaan banyak kekurangan yang perlu di tampal tapi x mengapelah buat mase nie aku masih dalam proses belajar:)
HELLO GUYS !IM NEWCOMER HERE,PLEASE WELCOMING ME FOLKS