Wednesday 10 August 2011

Papan Atau Bata Ia Tetap Syurga

Mata aku tajam perhatikan sekujur tubuh lemah baring di tepi kaki lima sana,bertemankan kotak lusuh menjadi hamparan badan beradu.Plastik minuman yg masih berbaki di sebelah kanan tergantung kemas di penjuru bucu.Adrenalin aku menjadi lesu,sayu dalam diam otak aku menjadi buntu
"Kenapa pak cik nie boleh jadi mcm nie,kesian kot"
Persoalan yg dtg dgn aku sendiri belum tahu jawapan dari soalan yg aku ciptakan tadi.BINGAI,soalan dtg dr aku tetapi aku yg bisu kelu.Persoalan dari sekujur tubuh yg daif
"DAIF?" 
Ya,daif kerana itu lebih tepat menggambarkan pak cik itu.Siang dan malam hanya berbumbungkan langit dgn deruman enjin kereta meluncur laju menjadi singgahan gegendang telinga.Makan dan minum belum tentu menentu,cukup gula dan garam dlm santapan bukanlah penting asal terisi itu lebih bererti
"KITA?"
Sangat jauh berbeza,berlindungkan bumbung bata dgn kipas ligat berpusing.Jangankan ingin menjadi pak cik itu,di ketip seekor nyamuk pn,sebakul sumpahan di utarakan.Besar atau kecil rumah itu bukanlah persoalan umum,bata atau kayu masih lg utuh rumah itu,asalkan berasa selamat dan tenang sudah lebih dari cukup.Sakit,penat,rindu,sedih,hampa kau akan fikirkan rumah.Di mana mampu kau cari makanan sesedap air tangan ibu selain teratak rumah mu.Ya,kita jauh lebih beruntung dari pak cik itu,kita bernasib baik dari mereka yg KURANG bernasib baik.
Keluarlah ke seluruh pelusuk dunia sekalipun,jalan terakhir yg kau langkah ialah syurga kecil yg 1 itu nanti.Ruang yg kau senangi dari awal kau merangkak hingga berlari kini




No comments:

Post a Comment